23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Kuih Bom Labu Tanpa Minyak, Resipi Sihat & Sedap Untuk Anak-Anak

Ibu-ibu wajib cuba resepi kuih bom labu ini. Kuih ini sesuai untuk anak-anak kerana ia dibakar tanpa menggunakan minyak sama sekali.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati, malah hanya 4 bahan yang diperlukan. Selain itu, cara penyediaannya juga cukup ringkas.

Jika tiada oven, boleh ganti dengan menggunakan air fryer. Hasilnya tetap sama sedap. Jadi, jom kita cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Linda Safar di bawah.

RESEPI KUIH BOM LABU TANPA MINYAK

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Kukus labu sehingga ia menjadi lembut.

2. Kemudian satukan labu dan gula di dalam satu mangkuk. Lenyekkan sehingga sebati.

3. Masukkan tepung pulut dan gaul sebati sehingga menjadi doh.

4. Kemudian, bentukkan adunan menjadi bebola bulat.

5. Salutkan dengan bijan sehingga selaputi seluruh bebola.

6. Susun dalam loyang dan bakar di dalam oven pada suhu 180°C selama 30 minit mengikut jenis oven masing-masing.

7. Sedia dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!

resepi kuih bom

Kredit resipi dan gambar: Linda Safar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.