30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi TIP

Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi Tip.

Pokok limau purut antara tanaman yang ditanam di dalam pasu dan tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya di rumah. 

Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.

Ikuti tip dan petua lebatkan pkok limau purut dari Encik Izham Alias ini. Banyak perkongsian dari beliau tentang tanaman yang boleh dimanfaatkan.


TIP LEBATKAN POKOK LIMAU PURUT

lebatkan pokok limau purut

Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.

Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.

  • Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
  • Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.

  • Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
  • Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
  • Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.


Semoga bermanfaat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.