22.1 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Leona Bakal Berlakon Drama Bersiri

Sebut saja nama Kasih Iris Leona, pasti ramai tahu pempengaruh media sosial itu sememangnya dikenali ramai apatah lagi video-video dikongsikannya menghiburkan netizen.

Baru-baru ini, bapa gadis itu yang juga pelakon Azhar Sulaiman berkongsikan anaknya itu diintai oleh syarikat produksi, Zeel Production yang berminat mengambil Leona menjayakan sebuah drama bersiri.

Menerusi entri itu, Azhar berkongsikan gambar menemani anak bongsunya bertemu dengan pengarah dan penerbit Fadzil Teh atau Haji Zeel.

“Mengadakan mesyuarat bersama Haji Zeel untuk sebuah projek drama berdiri di TV3,” tulisnya.

Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja apabila mendapat tahu Leona akan muncul di kaca televisyen malah ada yang mencadangkan agar anak-anak beranak itu berlakon bersama.

SUMBER: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.