26.3 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Main-Main Saya B*nuh Anak Kamu” – Scammer Guna Taktik Baru, Gertak Culik & Minta Wang Tebusan

Tular di media sosial mengenai sindiket penipuan membabitkan pelajar sekolah yang dikatakan telah diculik dan diugut untuk mendapatkan pampasan berupa wang ringgit daripada ibu bapa mangsa.

Seorang pengguna Twitter mendedahkan taktik ‘scammer’ yang menyasarkan ibu bapa dan warga emas yang mempunyai anak yang masih bersekolah seumpamanya.

Scam taktik baru, mak saya dapat panggilan dari scammer bagitahu diorang culik saya dan mintak duit tebusan.

Siap ada perempuan jerit kat belakang (sound effect). Mereka biasanya sasarkan ibu bapa yang ada anak bersekolah.

Seorang lagi pengguna media sosial itu juga memaklumkan bahawa dia pernah mengalami situasi yang sama apabila menerima mesej WhatsApp berbaur ugutan.

Scammer culikSumber : Twitter  

Rafidah, anak kamu di tangan aku, kalau kamu main-main, kita akan bunuh anak kamu.

Error loading media
Poland aero

00:00

Live
00:00 / 03:10

Copy video url
Play / Pause
Mute / Unmute
Report a problem
Language
Back
Default
English
Español
Українська
Русский
Share
Back
Vidverto Player

Malah, scammer itu juga turut menghantar beberapa foto memaparkan individu dan diikat dan diacukan pisau serta parang.

Berikutan pendedahan taktik terbaharu itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik supaya tidak terpedaya dengan ugutan kumpulan tersebut. Sekiranya anda menerima mesej dan panggilan daripada pihak scammer ini, mohon bantuan dan kepastian daripada orang lain terlebih dahulu.

SUMBER : Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.