22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Man Kidal Diisytihar Muflis

Selepas hilang mata pencarian ketika pendemik kini ,  kini gitaris terkenal Man Kidal duji lagi apabila diisytiharkan muflis oleh mahkamah kerana gagal membayar pinjaman kereta.

Man Kidal atau nama sebenar, Abdul Rahman Mahmood menjelaskan perkara tersebut telah membuatkan dia panik apatah lagi bakal menjayakan Konsert Kolaborasi Three To Rock di Jakarta, Indonesia pada bulan hadapan.

Dia mengaku perkara tersebut terjadi kerana kesilapannya sendiri dan menerima keadaan tersebut dengan hati yang terbuka dan berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Memang tak sangka ia akan berlaku. Untuk itu, saya kena buat surat kepada pihak berkenaan menyatakan komitmen akan bayar setiap bulan seperti yang ditetapkan.”

Akui Kesilapan

“Apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri dan saya kena reda. Memang ujian saya bertimpa-timpa. Sebelum ini saya dijangkiti Covid-19, isteri menjalani pembedahan dan kemudian bergelar asnaf.”

“Rasanya tahun depan saya malu nak ambil bantuan sebagai asnaf. Alhamdulillah, keadaan dah okey. Saya tak sepatutnya ambil lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Man Kidal sempat meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan rezeki apabila masih menerima tawaran untuk membuat persembahan dan konsert bagi meneruskan hidupnya.

“Kumpulan Search pun bantu saya dengan persembahan sebelum ini. Dapatlah ‘cover’ balik sikit demi sikit. Persembahan lain pun dah makin banyak sekarang,” katanya.

Tidak mahu bergantung harap dengan bantuan yang diberikan , Man Kidal akui dirinya sedang berusaha menyelesaikan perkara tersebut dengan bekerja dengan lebih keras.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.