22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia.

Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod potret eksklusif hasil kerjasama dengan Studio Harcourt. Bukan tu saja, bateri Karbon Silikon 5,200mAh yang besar, SuperCharge Berwayar 100 Watt (W), sistem anti-goyang Penstabilan OIS dan EIS serta RAM 12GB, dan skrin Perlindungan Mata AI pun ada. Hanya bermula dengan harga  RM1899 sahaja!

Dengan membawa ciri-ciri tahap flagship dalam peranti kelas pertengahan, siri HONOR 200 telah dipuji tinggi oleh media teknologi, dan ia mewakili lonjakan yang signifikan berbanding model sebelumnya – HONOR 90.

Kolaborasi Dengan Studio Harcourt Untuk Kamera Potret Yang Bertaraf Studio

Demi memuaskan hati peminat HONOR, kali ini HONOR 200 Pro menampilkan gabungan kamera berkuasa yang mampu merakam potret setaraf studio. Ini termasuk kamera utama 50MP, dilengkapi dengan kamera telefoto 50MP, kamera ultra lebar dan makro 12MP.

Selain itu, kamera dilengkapi dengan sensor H9000 atau 1/1.3-inci yang menawarkan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR di mana sensor ini juga digunakan dalam HONOR Magic6 Pro.

Hasil kerjasama HONOR dengan Studio Harcourt telah berjaya melancarkan Enjin Potret AI HONOR. Dengan adanya teknologi AI HONOR, Siri HONOR 200 kini mampu mengenal pasti adegan penggambaran, menyesuaikan cahaya, warna, dan komposisi secara automatik sehingga menjadikan setiap foto dihasilkan seumpama sebuah karya seni dan berkualiti studio Harcourt.

Pengalaman Magic AI Flagship Premium

Menariknya, Siri HONOR 200 telefon dalam rangkaian kelas pertengahan premium ini menawarkan reka bentuk, paparan, dan hayat bateri tahap flagship, bersama teknologi AI terkini. Pengenalan MagicOS 8.0 dan Android 14 kepada telefon siri HONOR 200 membawa kuasa kecerdasan buatan (AI) seperti Magic Portal, AI Blur Private Info, dan Smart Folder kepada telefon pintar ini.

Fungsi Magic Portal pula untuk memahami dan mentafsir mesej dan tingkah laku pengguna dengan bijak, sekaligus membawa anda mencari informasi seperti alamat dan imej secara mudah dengan hanya menyeret dan melepaskannya daripada satu aplikasi ke aplikasi lain.

Ia kini menyokong pelbagai aplikasi Google seperti Google Maps, WhatsApp, Gmail, Google Search, Facebook, Instagram, dan X (Twitter). Aplikasi lain seperti TikTok, WeChat, dan Taobao juga dapat digunakan .

Paling penting, HONOR mengutamakan privasi pengguna dengan memproses data pada peranti secara selamat dan melengkapi HONOR 200 dengan Blur Private Info.

Ciri ini mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, dan maklumat perhubungan secara terus daripada menu Share sebelum imej dihantar. Fungsi ini menjadikannya mudah untuk berkongsi tangkapan skrin dengan selamat.

Skrin Perlindungan Mata AI: Skrin Telefon Pintar yang Paling Mesra Mata

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan skrin perlindungan mata AI yang canggih untuk mengutamakan keselesaan pengguna. Skrin perlindungan mata Pemalapan PWM 3840Hz berupaya mengurangkan kerlipan skrin dalam suasana gelap dan pencahayaan rendah, sesuai untuk penggunaan pada waktu malam.

Circadian Night Display dan Dynamic Dimming yang secara automatik melaraskan kecerahan dan warna skrin ke paras paling optimal bagi mengurangkan keletihan mata selepas penggunaan yang panjang. Dynamic Dimming membantu mengurangkan keletihan mata dengan meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik.

Versi Pro juga menyepadukan AI Natural Tone 2.0, yang bijak menyesuaikan suhu warna paparan berdasarkan cahaya persekitaran, memberi pengalaman melihat paparan secara alamu dan konsisten setiap masa.

Hayat Bateri Unggul: Bateri Silikon Karbon Besar dengan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar 66W

Bateri Karbon Silikon 5,200mAh yang besar yang menawarkan prestasi dan hayat bateri yang luar biasa tanpa mengorbankan reka bentuk telefon yang nipis dan ringan.

Kedua-dua versi sama ada standard dan Pro menyepadukan teknologi HONOR SuperCharge Berwayar 100 Watt (W), manakala versi Pro juga menawarkan pengecasan wireless 66W Wireless HONOR SuperCharge.

Tahan Lasak dan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari

Siri HONOR 200 dibina dengan skrin yang tahan lasak membolehkan anda menggunakan telefon pintar tanpa bimbang dalam kehidupan seharian. Telefon pintar ini menggunakan Super Reinforced Glass yang sama seperti HONOR X9b, menjadikannya mampu menahan jatuhan dalam kehidupan harian.

Paling menarik, HONOR menawarkan perkhidmatan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari yang menyediakan penggantian skrin atau kaca kamera secara percuma dalam tempah setahun sekiranya berlaku kerosakan.

Spesifikasi Setaraf Flagship: Pemproses Snapdragon dan RAM 12GB Untuk Siri HONOR 200

Jangan tak tahu, HONOR 200 Pro dilengkapi kuasa pemproses mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 terkini, RAM 12GB dan storan 512GB, dengan harga RM2699.

Di samping itu, versi Pro turut menampilkan cipset penambahbaikan HONOR C1 + RF yang memastikan kesinambungan yang optimum apabila berinteraksi dengan aplikasi di pelbagai persekitaran.

Manakala, HONOR 200 standard juga membawa spesifikasi yang cemerlang termasuk, 12GB RAM, sistem Telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX856, Bateri Karbon Silikon 5200mAh, Pengecasan Pantas Berwayar 100W, dwi speaker stereo, dan sistem penstabilan dwi OIS+EIS dari generasi sebelumnya, pada harga yang setanding dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Selain itu, ia juga menawarkan pilihan storan terhadap pengguna iaitu 256GB dengan harga RM1899 dan 512GB dengan harga RM2199.

Pilihan Warna Impian

HONOR Malaysia buat pertama kalinya membawa masuk telefon pintar berwarna putih. Siri ini menawarkan empat warna dan setiap warna membawa keunikan tersendiri. Antaranya Ocean Cyan, Moonlight White, Coral Pink dan Hitam.

Yang best, versi Pro tersedia dalam Ocean Cyan dan Moonlight White, sementara versi standard ditawarkan dalam Coral Pink (eksklusif untuk versi 512GB), Moonlight White, dan Hitam.

Tempah sekarang dan nikmati hadiah bernilai lebih RM878!

Dah panjang lebar kami terangkan kelebihan HONOR 200 kini tiba masa anda pula untuk jalankan tugas memiliki HONOR 200 yang super duper padu ni!

Anda boleh tempah sekarang siri HONOR 200 dan dapatkan hadiah bernilai lebih dari RM1,078, termasuk bonus deposit 10x (bernilai RM200), HONOR Earbuds X6, dan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.