26.3 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Masih banyak lagi perlu dipelajari dalam rumah tangga,”- Lia Aziz Ulas Isu Rumahtangga

Penyanyi , Lia Aziz , 20 , turut memberi ulasan berkenaan isu rumahtangga yang melanda pasangan suami isteri kini yang dilihat semakin huru – hara dengan pelbagai krisis yang melanda.

Isu rumahtangga masih lagi menjadi topik hangat apabila banyak artis dan juga pempengaruh popular sering berkongsi tentang orang ketiga dan ketidaksetiaan dalam hubungan.

Tidak melatah dengan segala isu yang melanda , Lia menyifatkan hubungan dalam rumahtangga mempunyai pasang surutnya dan itu adalah lumrah dalam hubungan rumahtangga.

 

Namun dia mengakui merasa terkesan dengan isu yang melanda dan berharap agar hubungannya dengan suami baik – baik sahaja walaupun masih diusia awal perkahwinan.

“Tahun ini rasanya satu cabaran juga kepada pasangan selebriti dengan rantaian kisah kemelut rumah tangga yang berlaku. Sekarang, apabila buka saja media sosial pasti ada bermacam cerita rumah tangga selebriti dikongsikan. Jadi, ada jugalah rasa gerun dalam hati saya.”

“Tak dinafikan masalah dalam rumah tangga ini ada bermacam-macam. Setiap pasangan berkahwin berhadapan ujian masalah berbeza. Cuma, doa saya semoga semuanya dapat diselesaikan dan berakhir dengan baik,” katanya.

Awal Perkahwinan

Usia perkahwinan yang hampir satu tahun membuatkan Lia sudah mula memahami rencah hidup dalam berumahtangga dan sentiasa cuba memahami dan bertoleransi bersama pasangan.

“Orang selalu kata, lima tahun pertama dalam fasa perkahwinan itu tidak mudah dilalui. Pasang surut dalam perhubungan suami isteri pasti ada. Namun, saya dan suami selalu berkomunikasi untuk berbincang masalah kami.

Lia juga berharap orang ramai mendoakan rumahtangga yang dibina sentiasa bahagi dan tiak terpalit dengan isu yang boleh merosakkan hubungan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang.

“Alhamdulillah, bulan depan (Julai) dah setahun kami berkahwin. Saya berdoa agar rumah tangga kami terus bahagia dan tidak berhadapan dugaan besar. Kami pasangan baharu dan masih banyak lagi perlu dipelajari dalam rumah tangga,” katanya.

Bercerita tentang kerjayanya kini , Lia bakal mengambil diploma dalam jurusan muzik dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan sudah merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pula.

“Saya bercadang melanjutkan pengajian untuk ijazah selepas ini, tapi keputusan belum diputuskan lagi sebab saya pun aktif dalam karier nyanyian yang menjadi fokus utama,” katanya.

Sekadar info , Lia berkahwin pada usia 19 tahun selepas bercinta selama dua tahun dengan suaminya , Arash dengan restu daripada kedua belah pihak lelaki dan perempuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.