21.4 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

MASIH MAHU TERUS MENETAP DI WANGSA MAJU – DHARMA & ANAK-ANAKNYA BELUM BERCADANG PINDAH, TIDAK TOLAK SEKIRANYA DIBERI PELUANG TINGGAL DI KEDIAMAN PPR

Pelakon Dharma Harun Al-Rashid, 68, memberitahu, dia dan anak-anaknya belum bercadang berpindah dari tempat tinggal mereka sekarang di Wangsa Maju, bagaimanapun tidak menolak peluang sekiranya diberi peluang menetap di kediaman projek perumahan rakyat (PPR).

Bintang era 1980-an yang popular dengan watak Cikgu Azmi itu berkata, perbincangan dalam keluarga juga sudah dibuat dan mereka mencapai kata sepakat akan menetap di kediaman sekarang, selagi mampu membayar sewa.

“Buat masa ini, segala hut@ng bayaran sewa rumah yang tertungg@k sudah pun dilunaskan kepada pemilik. Jadi, Alhamdulillah semuanya sudah diselesaikan dengan wang bantuan diterima itu.

“Saya tidak bert@ngguh lama untuk buat bayaran kepada pemilik rumah dan kami juga masih dibenarkan terus menyewa di kediaman ini. Cuma, bukan kami (sekeluarga) tidak mahu berpindah, tapi kena fikir kewangan juga.

“Kalau nak pindah pun, nak duit juga. Keluar rumah pun nak kena ‘packing’ (barang-barang) dan dalam keadaan saya sekarang ini yang kurang sihat sebab demam t£ruk sejak tiga hari lalu, kenalah berehat,” jelasnya.

Selain itu, Dharma turut menjawab pertanyaan mengenai perkembangan pertemuan bersama Pusat Zakat, dengan berkata, dia belum lagi berkesempatan menghubungi pihak terb@bit kerana mahu pulih daripada s@kit terlebih dulu sebelum buat perbincangan semula.

“Tengoklah macam mana, selepas sihat mungkin saya akan pergi berjumpa dengan pihak berkenaan (Pusat Zakat). Sekarang, saya demam lagi sebab rasanya kurang rehat. Sejak seminggu dua ini, saya memang terlalu sibuk dan banyak urusan nak kena buat.

“Orang pun ramai yang nak berjumpa dengan saya sebab nak hulur bantuan. Apapun, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan prihatin dengan keadaan saya sekeluarga al@mi,” tuturnya.

Terdahulu, Dharma yang pernah popular dengan filem ‘Adik Manja’ dan ‘Sikit Punya Gila’ itu berhad@pan mas@lah kewangan apabila gag@l membayar sewa rumah tertungg@k sebanyak RM7,500.

Malah, Dharma dan keluarganya juga difahamkan sudah menerima n0tis untuk mengosongkan kediaman yang disewanya di Wangsa Maju sehingga hujung Jun ini daripada pemilik.

Bagaimanapun, dua anaknya iaitu Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, tidak bekerja kerana masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Sejak kisah mas@lah kewangan dihadapi itu tular, Dharma menjadi perhatian ramai termasuk beberapa pihak seperti Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Pusat Zakat dan Yayasan Budi tampil membantunya.

         ________________________

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.