27.4 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

MASIH SAYANGKAN AMELIA HENDERSON – AEDY ASHRAF MAHU FOKUS KARIER SENI : “SAYA RASA AMELIA ADALAH WANITA YANG TEPAT TETAPI MASA SAJA YANG TIDAK SESUAI”

“Keputusan (berpisah) itu kami buat bersama. Apa yang boleh saya katakan kami mahu fokus kepada karier seni. Saya sendiri tengah sibuk.

“Amelia pun sangat-sangat sibuk. Walaupun kami membawa haluan masing-masing, tapi tak bermakna kami berg@duh. Antara kami tidak ada perbal@han.

“Kita jumpa, bercakap dan berbincang secara baik. Sudah tentu kami sedih. Saya rasa Amelia adalah wanita yang tepat tetapi masa saja yang tidak sesuai.”

Jelas pelakon Aedy Ashraf yang mengakui, pelakon Amelia Henderson adalah wanita pilihan yang tepat, tetapi waktu sekarang tidak sesuai untuk mereka menjalin hubungan cinta.

Ujar Aedy, mereka kini mempunyai tujuan dan hala tuju yang sama iaitu mengutamakan karier seni terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Aedy berkata, dia mengaku masih mencintai Amelia, namun mereka menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

“Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia dan saya rasa akan ramai orang mendoakan baik-baik untuk kami.

“Kalau ada rezeki, kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Kalau bekerja sekali ke, kami tak akan ada masalah langsung.

“Sekarang ini, kami bersetuju untuk berserah saja pada takdir, pada rezeki. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak ada.

“Pada akhirnya, saya percaya rasa sayang itu masih ada, cuma masa tak mengizinkan buat masa ini,” katanya.

Sebelum ini, Amelia dalam satu perkongsian siaran langsung di TikT0k, memaklumkan, dia dan Aedy sudah putus cinta.

Untuk makluman, pada Mac tahun lalu, Aedy membuat k£jutan apabila melamar Amelia untuk menjadi kekasih hatinya secara terbuka di sebuah acara di Bukit Jalil.

________________________

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.