Korang tahu tak yang iKON akan datang ke Malaysia? Kumpulan idol K-pop ini bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 Julai ini. Wuish, bestnya!
Konsert yang bakal diadakan ini bersempena dengan 2023 iKON World Tour TAKE OFF, dan Malaysia dipilih sebagai salah satu destinasi mereka. Terbaiklah!
Konsert 2023 iKON World Tour TAKE OFF ini dibawa khas dari hasil kerjasama antara JoJo Event dan My Events International.
Untuk maklumat korang, ini bukan kali pertama iKON datang ke Malaysia, namun kalini mereka hadir sebagai artis di naungan syarikat baru iaitu 143 Entertainment. Jadi, persembahan yang bertenaga dan memukau bakal disajikan buat iKONICs.
MIECC Lokasi Rasmi Untuk ‘TAKE OFF’
Kebiasaanya, pilihan utama bagi lokasi konsert adalah di Axiata Arena Bukit Jalil atau Stadium Malawati Shah Alam. Namun, atas sebab tertentu lokasi bagi 2023 iKON World Tour TAKE OFF diadakan di MIECC. Pilihan lokasi ini juga dipilih oleh pihak pengurusan iKON agar mereka dapat memberi persembahan yang terbaik buat peminat mereka.
Kawasan ini mampu memuatkan 9000 penonton yang bakal hadir ke konsert iKON kalini. Pihak penganjur telah bertungkus-lumus menambah kemudahan dan instrafuktur dalam memastikan keselesaan serta keseronokkan buat peminat yang menghadiri konsert tersebut.
Bagi memberi pemandangan yang jelas serta merasai kehangatan konsert iKON, penganjur akan memasang tempat duduk bertingkat bagi pemegang tiket CAT 3 dan CAT 4.
Selain itu, kemudahan seperti surau, food truck, loker dan kawasan parking yang luas turut disediakan oleh penganjur. Jadi, korang tak perlu risau dengan lokasi sebab pihak penganjur telah bersiap sedia dalam pelbagai aspek.
Kejutan Buat Pemegang Soundcheck Tiket
Sedia maklum, segala butir berkaitan penjualan tiket dan kedudukan telah diberitahu oleh pihak penganjur. Namun, ada kejutan yang menarik oleh penganjur buat pemegang soundcheck tiket. Surprise apakah itu?
Dimaklumkan bahawa penganjur akan memberi makanan percuma iaitu bento buat pemegang soundcheck tiket. Bukan setakat dapat memasuki konsert awal dan official merchandise je, tapi makanan pun turut disediakan. Pergh, memang berbaloi betullah!