23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

MK K-Clique Resmi Menjadi Suami Siti Hajaar

Tahniah kepada penyanyi rap, MK K-Clique kerana akhirnya sah menjadi suami kepada Siti Hajaar. Pernikahan mereka berlangsung di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang pada jam 9.35 pagi tadi. Majlis perkahwinan ini disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Mahdi Mat Zain dengan bapa pengantin perempuan, Datuk Sri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Dalam majlis tersebut, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan. Wang hantaran pula dirahsiakan. MK juga menyerahkan enam dulang hantaran berbalas enam dulang daripada pengantin perempuan.

MK merasa bersyukur kerana majlis perkahwinannya berjalan lancar dan memohon doa dari orang ramai untuk kebahagiaan rumah tangganya.

“Alhamdulillah, majlis lancar dan dipermudahkan walaupun persiapan dibuat dalam masa singkat. Doakan kebahagiaan kami bersama,” katanya.Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang pada Sabtu ini.ly/3mkS1Ni&autoplay=true&muted=true”>

`;

rnrn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.