22.7 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

MK Memilih Siti Hajaar Kerana Dia Banyak Mengajar Soal Adab Dan Budi Bahasa Yang Tidak Diketahuinya

Kata orang, jodoh itu rahsia Allah SWT. Ada mencari dan berjumpa. Ada mencari, tetapi tidak bersua. Ada tidak mencari, tetapi jodoh hadir di depan mata. Ada bercinta bertahun lamanya, tetapi jodoh tiada. Ada berkenalan tiga bulan sahaja, terus menikah, mengecap bahagia.

Namun dalam hal mencari jodoh, Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jelas dalam hadis ini, perkara perlu diperhatikan lelaki dalam diri calon pasangan ialah hartanya – kaya atau tidak; keturunannya – apakah dia berasal daripada keturunan baik-baik; kecantikannya – rupa paras dan agamanya – faham dan amalan agamanya.

Namun, Islam menyarankan sebaik-baik pilihan dibuat berdasarkan faktor agama.

‘Dia banyak ajar saya tentang kehidupan.’

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi terkenal MK K-Clique mengakui apabila ditanya alasan pemilihan usahawanita, Siti Hajaar untuk menjadi suri hatinya adalah kerana akhlaknya yang baik sehingga mampu mengubah dirinya menjadi seseorang yang lebih baik.

Jelas MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, kehadiran Siti Hajaar dalam hidupnya ibarat ‘memanusiakan’ dirinya untuk menjadi individu yang lebih baik.

“Hajaar banyak mengajar saya tentang kehidupan, cara percakapan lebih baik dan yang adab sebelum ini saya tidak tahu.

“Dia juga banyak memberi teguran terutama membabitkan industri hiburan, jangan buat itu, jangan buat ini, jaga batas dan sebagainya,” katanya.

Paling utama kongsi MK, kehadiran wanita terbabit mematangkan dirinya baik dari sebagai manusia biasa mahupun sebagai seorang selebriti.

“Dia juga bantu saya menjaga penampilan untuk kelihatan lebih ‘presentable’ dan berkeyakinan.

“Tingkah laku dan pemikiran matang Siti Haajar yang sangat matang membuatkan saya memilih dia untuk menghuni hati saya,” kata MK usai majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi.

Diajukan soalan sama kepada Hajaar, wanita itu tersipu malu seraya menjawab layanan MK yang baik menjadi nilai tambah buat penyanyi kacak itu untuk menawan hatinya.

“Cara layanan MK terhadap saya sangat baik,” respons Hajaar secara ringkas sambil tersenyum lebar.

MK dan Siti Hajaar yang sebelum ini mengikat pertunangan pada 7 Mei sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Ampang, sekitar pukul 9.35 pagi tadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.