22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Mudah Je Nak Beza Ikan Tongkol Hitam & Putih, Hanya Perlu Tengok ‘Sirip’ Dia

beza ikan tongkol

Ikan tongkol merupakan sumber protein yang digemari ramai. Ia juga dikenali sebagai ikan ayor di negeri pantai timur. Memang sedap jika dibuat singgang atau lauk untuk nasi dagang. Lumur garam, kunyit dan goreng begitu saja pun dah cukup sedap.

Namun, ramai yang tak tahu ikan tongkol mempunyai dua jenis iaitu isi putih dan isi hitam. Agak sukar untuk membezakannya kerana rupa mereka hampir sama.

Seorang pengguna laman sosial Facebook ada berkongsikan cara untuk mengenali dua jenis ikan tongkol tersebut. Ikuti perkongsiannya di bawah.

CARA BEZA IKAN TONGKOL HITAM & PUTIH

Buat kaum lelaki yang masih tersalah beli ikan. Balik isteri nak masak pun tak jadi. Hilang mood. Boleh bezakan dengan mudah sahaja.

Yang sirip panjang – Tongkol Hitam (Ayor Itam)

Yang sirip pendek – Tongkol Putih (Ayor Puteh)

Hitam lagi sedap dari putih.

Kebiasaannya beza harga RM1-2 sahaja mahal yang hitam. Bagi yang makan ikan ayor jadi gatal badan gatal hidung. Jangan makan yang ayor puteh. Makan yang ayor hitam. Badan tak gatal, isi dia manis dan lemak macam tenggiri.

Nak beli tenggiri mahal sangat, beli je ayor hitam. Rasa lebih kurang je.

Kredit: Nik Mohamad Khairi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.