22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

MULA TUNJUK PERKEMBANGAN POSITIF – MAT LONDON MASIH LAGI BERGANTUNG BANTUAN OKSIGEN

“Sejak semalam, papa mula menunjukkan sedikit kemajuan dan perkembangan positif. Dia dah mula membuka mata dan bila saya bercakap dengannya, saya nampak mulutnya mula respon dan seperti ini menyambut percakapan saya. Selain itu, tangan dan kakinya juga sudah mula boleh bergerak.

Demikian jelas anak keempat kepada pelakon dan pengarah, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali Mat London, 74, iaitu Salmany Akir Ahmad, 42, dimana dia memaklumkan, bapanya itu kini mula menunjukkan perkembangan positif, namun masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun kata Salmany, bapanya itu masih lagi memerlukan bantuan mesin oksigen, meskipun mula menunjukkan reaksi sejak semalam.

“Sebelum ini, papa ditidurkan dan rasanya, tempohnya lebih seminggu. Jadi, semalam, doktor perlahan-lahan cuba untuk melatihnya supaya bernafas sendiri. Setakat ini, dia masih lagi bergantung dengan bantuan oksigen.

“Buah pinggang dan paru-parunya memang dah rosak. Jadi, kami berharap kepada jantungnya. Bahagian otaknya pun masih berfungsi,” tuturnya.

Salmany juga mengambil peluang untuk memberikan kata penghargaan buat persatuan serta kenalan bapanya.

“Ramai juga yang datang melawat antaranya, wakil persatuan, artis-artis serta kru-kru yang pernah bekerjasama dengannya.

“FDAM pun ada menganjurkan majlis bacaan Yasin secara online di samping turut meminta bantuan daripada beberapa masjid untuk mengadakan bacaan Yasin,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, Mat London yang popular menerusi watak Pak Karim dalam drama bersiri ‘Kampong Pisang Bersiri-siri’ ini dirawat di ICU HKL akibat jangkitan paru-paru.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.