27.4 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Nasi Tomato ‘Simple’ Untuk Juadah Raya, Sekali Dengan Resipi Ayam Masak Merah Dan Acar

Nasi Tomato ‘Simple’ Untuk Juadah Raya, Sekali Dengan Resipi Ayam Masak Merah Dan Acar.

Bila musim raya ini, selalu kekeringan idea nak masak apa untuk tetami yang datang kan? Haa, waktu ni lah kita nak tunjukkan skill masak dan luar biasa kita tu.

Antara makanan yang kita boleh buat adalah Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah. Confirm bukan suami je, tapi anak-anak pun akan bertambah nasi!.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Fatin Elina ini yang sudi berkongsi sekali resipi ayam masak merah dan acar timun nenas sekali. Resipi ringkas tetapi sangat sedap!


RESIPI NASI TOMATO SIMPLE

nasi tomato

Cara Buat Nasi Tomato

Bahan-bahan: 

  • 5 cawan beras biasa
  • 5 cawan air
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1/ 4 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 1/ 2 sudu besar garam
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 4 biji tomato (kisar dengan sedikit air)
  • 2 biji bawang besar*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 2 ketul halia sebesar ibu jari* 

Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus

Cara memasak:

1. Rendam Beras

Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain.
Saya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit.. Kemudian, basuh dan toskan.

2. Tumis Bahan

Cairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan kayu manis.
Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.

3. Masukkan Beras

Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, gula dan garam secukup rasa.

4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa

Last sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
Nak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.


Cara Buat Ayam Masak Merah

ayam masak merah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang besar (saiz besar)*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 15-20 cili kering*
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • Garam dan gula secukupnya

Kisar semua bahan bertanda *

Cara-caranya:

1. Tumis Rempah & Bahan Kisar. Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang sampai naik bau. Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.

2. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.Kalau nak buat kuah lebih boleh tambah air sedikit.

3. Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.

4. Perasakan dengan garam pulak. Lepas itu bolehlah masukkan ayam. Kacau semua dan gaul sebati. Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih boleh tutup api. Siap ayam masak merah.


Cara Buat Acar Timun Nenas

acar timun nenas

Bahan-bahan:

  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Timun
  • Cili
  • Nenas
  • Gula & Cuka Secukupnya

Cara penyediaan: 

1. Hiris
Basuhkan semua bahan bersih-bersih dan hiris semua bagi memanjang.

2. Perasakan
Kemudian perasakan dengan gula dan sedikit cuka dan air.


Selamat mencuba dan selamat hari raya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.