22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Neelofa Masuk Wad untuk Pemerhatian, Anak Kedua Belum Bersalin

Banyak yang menganggap bahawa selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa, 34, telah masuk ke hospital baru-baru ini kerana telah melahirkan anak keduanya. Namun, Neelofa sendiri telah menafikannya melalui perkongsian di Instastory.

“Alhamdulillah, keadaan saya semua baik dan masih menunggu hari untuk menyambut anak kedua. Sebenarnya, saya dimasukkan ke hospital selama beberapa hari atas nasihat doktor dan untuk tujuan pemerhatian kesihatan.

“Insya-Allah, kami akan berkongsi secara rasmi bila tiba masanya nanti. Mohon doakan yang baik-baik,” tulis isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, 28.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, PU Riz ketika dihubungi media melalui aplikasi WhatsApp memberitahu bahawa Neelofa dan bayi dalam kandungan isterinya dalam keadaan baik.

“Isteri memang dimasukkan ke wad bersalin tapi untuk pemerhatian doktor,” jelasnya.

Sebelum ini, PU Haris telah memberitahu bahawa Neelofa telah dimasukkan ke wad bersalin di hospital dan berkongsi berita gembira itu ketika mengacarakan sebuah program televisyen.

Untuk makluman, Neelofa telah berkahwin dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan telah dikurniakan anak sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rnrn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.