22.3 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Nikmati Penerbangan AirAsia Tanpa Had Ke Negara Asean Serendah RM99 Sebulan Sahaja

Siapa je yang tak suka kan dengan aktiviti travel? Tambah-tambah pula travel oversea ke Chiang Mai, Phu Quoc, Da Nang, Phnom Penh, Siem Reap, Medan dan bahagian Asean yang lain. Fuh! Rasa macam mimpi.

Kini, korang boleh terbang ke destinasi tempatan dan antarabangsa secara percuma dengan AirAsia! Tinggal nak bayar tax dan tambang asas RM0 je!

Mesti korang terfikir perkara ni macam mustahil kan? Namun, AirAsia sedia penuhi impian korang dengan promosi luar biasa!

Impian untuk travel tanpa had sedia menjadi realiti!

Menerusi AirAsia MOVE Asean Explorer Pass, korang bukan je berpeluang tebus penerbangan ke negara-negara Asean secara percuma malah diskaun melibatkan hotel, penghantaran ke lapangan terbang turut tersedia tau!

Nak tahu apa lagi best? Korang layak untuk travel sehingga setahun dengan Asean Explorer Pass!

Dalam erti kata lain, korang berpeluang travel bersama keluarga atau kenalan korang untuk menikmati explore bandar Sihanoukville di Kemboja atau shopping di Medan dan juga negara-negara Asean lain secara tanpa had selama tempoh setahun.

Lebih unik, AirAsia MOVE Asean Explorer bukan je eksklusif buat AirAsia Malaysia malah terbuka kepada AirAsia Thailand, AirAsia Filipina, AirAsia X dan lain-lain lagi.

Buat korang yang mahu travel ke luar negara, korang turut berpeluang untuk menggunakan AirAsia MOVE Asean Explorer Pass untuk travel secara domestik seperti dari Bangkok ke Chiang Rai dan sebagainya menerusi Thai AirAsia atau Manila ke Bohol menerusi AirAsia Filipina secara tanpa had dalam setahun menerusi semakan di SINI!

Ditawarkan dengan harga tidak sampai RM99 sebulan!

Oh ya, walaupun berpeluang travel ke oversea secara tanpa had, harga yang ditawarkan AirAsia untuk Asean Explorer Pass ni sangat berbaloi tau!

Berbincang mengenai harga, AirAsia MOVE Asean Explorer Pass sedia ditawarkan pada harga RM1,188* setahun tidak termasuk SST.

Buat korang yang kaki travel, kami yakin korang mesti spend lebih daripada jumlah ini untuk travel namun tak lagi dengan AirAsia MOVE Asean Explorer Pass.

Setel je dapatkan AirAsia MOVE Asean Explorer Pass, korang dah boleh plan untuk travel sebabnya tempoh penerbangan sedia dibuka dan berlangsung selama setahun!

Buat pengguna Maybank, HSBC, Public Bank atau Ambank, korang berpeluang dapatkan pelan bayaran ansuran bulanan serendah RM99* sebulan sahaja. Serius berbaloi!

Buat korang yang kerap berulang-alik ke beberapa lokasi dalam tempoh setahun, mungkin Asean Explorer Pass antara yang perlu korang dapatkan untuk jimatkan duit korang. Tak perlu lagi tempah tiket setiap kali mahu travel.

Dengan adanya pas ini, korang hanya perlu bayar cukai penerbangan, surcaj bahan api serta yuran lain dan add-ons setiap kali membeli tiket penerbangan.

Menggunakan AirAsia Asean Explorer Pass, korang cuma boleh tempah tiket penerbangan selewat-lewatnya 14 hari lebih awal dari hari penerbangan.

Selain itu, korang dibenarkan membuat sehingga tiga tempahan tiket dalam tempoh yang sama.

Nikmati diskaun hotel sehingga 50% dengan AirAsia MOVE Asean Explorer Pass

Bukan tu je, korang akan turut ditawarkan diskaun hotel sehingga 50%, diskaun AirAsia Rides merangkumi perjalanan dalam bandar, penghantaran serta pengambilan dari lapangan terbang KLIA terminal 1 atau 2 dan juga 1,000 mata ganjaran AirAsia percuma.

Oh ya, buat pengguna BigPay, korang boleh dapatkan diskaun tambahan sebanyak RM50 lagi! Lebih jimat buat korang. Nak tahu apa yang lebih menarik? Baucar shopping akan diberikan kepada korang jika membuat pra-pesan Duty-free kelak khusus buat kesemua pemilik pass.

Apa tunggu lagi? Mungkin inilah masanya untuk korang travel sambil healing bersama pasangan atau travel buddies korang!

Seperkara lagi, pemilik pass berpeluang untuk menyertai komuniti sokongan di mana komuniti berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita atau konten terbaru memngenai Asean Explorer Pass semudah menekan butang ‘Chat’ pada aplikasi AirAsia Move.

AirAsia MOVE Asean Explorer Pass sedia diteruskan selepas tarikh ini namun dengan harga RM1,188 setahun. *Harga tertakluk kepada SST 8%.

Ketahui lebih lanjut mengenai AirAsia MOVE Asean Explorer Pass dengan klik di SINI.

Korang berpeluang membeli-belah bebas cukai dan nikmati pelbagai faedah yang menguntungkan tidak lama lagi. Nantikan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.