29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Nilofa Group Tampil Mohon Maaf Isu Gambar Promosi Produk


Usahawan terkenal, apabila menggunakan gambar yang disifatkan sebagai ‘double meaning’ dalam usaha mempromosikan produknya.

Berikutan daripada itu, syarikat Nilofa Group telah tampil membuat permohonan maaf.

Mohon maaf

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Instagram (IG) rasmi Nilofa Group, semalam, syarikat itu mengakui wujud salah faham sehingga perkara itu menjadi bualan hangat di media sosial.

Assalamualaikum, pihak team Isterix (produk) memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang telah dihasilkan.

Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan.

Tambah Nilofa Group, mereka dengan rendah hati menerima segala teguran yang diberikan oleh netizen dan berjanji akan menggunakan teknik pemasaran yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat umum.

Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini.

Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang.

Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan, posting foto grafik itu telah dipadam.

Sumber: Instagram

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.