23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

‘No Way Home’, Tajuk Spider-Man 3 Akhirnya Didedahkan!

Setelah peminat berteka-teki mengenai judul sekual filem Spider-Man 3 akan datang, akhirnya spekulasi tersebut terjawab apabila pelakon yang memegang watak Spider Man, Tom Holland mendedahkannya.

Dedah Menerusi Video 

Menerusi laman Instagram nya dan juga beberapa akaun rasmi yang berkaitan, terdapat sebuah video pendek dimuatnaik Holland yang menyaksikan dirinya sedang berbual bersama Zendaya dan Jacob Batalon. Dalam video itu, ketiga-tiga mereka saling berbincang dan menyalahkan sesama sendiri mengenai tajuk filem itu yang sebelum ini turut ‘diramalkan’ mereka.

 

Spider-Man : No Way Home Disember Ini 

Pada pengakhiran video tersebut, kelihatan sebuah papan putih yang tertera beberapa tajuk perbincangan mereka sebelum perkataan ‘No Way Home’ diketengahkan, menunjukkan bahawa itulah tajuk bagi filem Spider-Man 3 yang akan ditayangkan pada Disember 2021.

Ketika ini, selain nama-nama pelakon asal filem terbitan Marvel Studios ini dimuktamadkan, peminat masih tertanya mengenai senarai penuh yang lain memandangkan terdapat khabar angin bahawa pelakon Spider-Man terdahulu akan turut serta. Bagaimanapun, Holland berkata dakwaan tersebut sama sekali tidak benar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.