27.4 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Nora Danish Manis Berhijab, Pilih Tutup Komen Instagram


Pelakon jelita, menyorot perhatian warganet apabila dia tampil dengan imej bertudung di media sosial.

Imej baru?

 

View this post on Instagram

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), Nora nama sebenarnya memuat naik tiga keping foto dia memakai ‘hoodie’ berona kelabu dan mengenakan hijab berwarna hitam.

Meskipun menutup ruangan komen, namun tinjauan mendapati perkongsian pelakon filem Polis Evo 3 itu dihujani dengan tanda ‘likes’ oleh rakan-rakan artis dan warganet.

Sebelum ini, ibu kepada dua orang anak tersebut dilihat sering memakai hijab ketika menghadiri majlis ilmu.

Sekadar info, ada 19 Jun lalu ia susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

Namun, aktres berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Sumber: Instagram Nora Danish

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.