29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Norreen Iman Menunjukkan Keanggunan Selepas Berjaya Menurunkan Berat Badan

Sebut saja nama Norreen Iman, personaliti media sosial itu kini semakin meningkat naik apabila sudah bergelar pelakon. Malah, wajahnya sering dilihat di kaca televisyen menerusi drama-drama.

Baru-baru ini, perkongsian Norreen menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya memakai crop top berwarna hijau menampakkan bahagian perutnya.

Perkongsian itu adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Razzi Razak di sebuah restoran.

Menerusi entri itu, Norreen meluahkan rasa cinta buat suami tersayang dan sudah sembilan tahun mereka mendirikan rumah tangga.Seperti yang dijangka, perhatian tertumpu kepada penampilan Norreen yang kelihatan seksi selepas kurus. Di ruangan komen, terdapat teguran mengenai penampilannya tersebut, ada yang berpendapat bahawa walaupun sudah kurus, tidak perlu berpakaian sedemikian untuk menunjukkan kekurusan diri. Namun, terdapat juga netizen yang memuji Norreen kerana semakin kurus dan menawan, serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya hingga ke akhir hayat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.