29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Nurul Shuhada Bidas Hafidz Roshdi Isu Nafkah Anak?-“Jangan Laa Asyik Berseronok Saja…”

Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tampil menitipkan pesanan buat Hafidz untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada dua cahaya mata mereka, Umar dan Humairah.

Shuhada menerusi Insta Stories, yang memuatnaik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama pihak insurans serta guru kepada anak mereka, menyatakan bahawa Hafidz sudah lama tidak menjelaskan bayaran pelan insurans serta serta persekolahan Umar dan Humairah.

“Kepada yang berkenaan. Bukan orang tak pernah minta personal, memang semua through personal tapi tak ambil tindakan, jadi di sini saya ambil kesempatan ni untuk anda selesaikan tanggungjawab anda sebagai seorang bapa, betul!

Kes mahkamah masih dalam proses, jadi kalau nak tunggu perintah mahkamah, siapa nak bayar hal anak-anak? Pengurusan sekolah semestinya cari BAPA kepada students, jadi kalau nak tunggu keputusan mahkamah, Umar dan Humairah tak perlu makan? Tak perlu sekolah?.”-tulis Shuhada

“Tiada Alasan Seperti Periuk Nasi Tertutup…”

Tambahnya lagi, anak-anak mereka layak untuk hidup seperti biasa serta menjelaskan bahawa sekolah anak perempuannya itu dipilih berdasarkan nasihat psychiatrist yang menitikberatkan emosi Humaurah ketika itu.

“Tiada alasan seperti periuk nasi tertutup dan sebagainya, yang buat periuk nasi tertutup tu diri sendiri punya pilihan, jadi kenapa anak-anak yang perlu tanggung akibatnya?

Mereka layak untuk hidup seperti biasa, untuk pengetahuan , persekolahan Humairah fully tanggungan oleh saya tahun lepas (kinderkaizen). Sekolah dipilih berdasarkan nasihat psychiatrist yang menitikberatkan hal emosi Humairah ketika itu.”-tulis Shuhada lagi

Apa komen anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.