22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Nurul Shuhada Teruskan Perjuangan Walaupun Wajah Alami Kecacatan Akibat Keganasan Hafidz

Bukan hanya akan berpisah, malah turut dipukul oleh suaminya sendiri yang juga seorang pelakon. Ya, itulah yang terjadi kepada Nurul Shuhada Mat Shukri yang telah ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz Roshdi.

Terima Rawatan Di Hospital Akibat Dipukul

Menerusi hantaran di Insta Stories, memaparkan Nurul Shuhada sedang menerima rawatan di hospital dan mengalami kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.

“Shu minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ini. sebab Shu sedang terima rawatan kat hospital.”-tulis Shuhada

Alami Kecacatan Kekal Pada Wajah

Dalam pada itu, Shuhada turut menitipkan ucapan terima kasih di atas tindakan Hafidz yang telah menyebabkan kecacatan kekal pada wajahnya akibat dipukul, malah meletakkan harap agar suaminya itu mendapat hukuman yang berat oleh Allah SWT.

“Thank you for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balaslah seberat berat kifarah buat anda dan anda.
Hal ini kerana Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah!.”-tulis Shuhada

“Cukuplah I jadi Manusia Baik Sangka, Separuh Mati Dah Aku Kena”

Mahu lawan demi keadilan, Shuhada menyatakan bahawa cukuplah dirinya bersangka baik terhadap individu terlibat sehingga menyebabkan dia sudah separuh mati.

“Kali ni i nak go all out. I nak fight for my life, cukuplah i jadi manusia BAIK SANGKA dengan anda dan anda, separuh mati dah aku kena. #cacatkekal.”-tulisnya lagi

Dipetik dari laporan Berita Harian, ahli keluarga Nurul Shuhada telah mengesahkan bahawa dia telah ditumbuk oleh suaminya, Hafidz Roshdi selepas berlaku pertengkaran, awal pagi semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.