21.3 C
Malaysia
Tuesday, July 2, 2024

Latest Posts

“Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” – Norman Hakim

Pelakon Norman Hakim dilihat ada memuat naik perkongsian ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anaknya, pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim yang ke-19 tahun.

Menerusi entri itu, Norman mengenang kembali memori ketika dia menerima ‘surat cinta’ daripada anaknya itu ketika berusia 10 tahun. Malah, Norman mengatakan dia tidak akan lupa momen dia menyambut kelahiran anaknya itu di dalam kereta.

“Hari ni… sembilan tahun yang lepas, papa dapat ‘surat cinta’ daripada adik. Surat yang comel sangat-sangat. Bukan setakat comel, tapi sangat mendalam segala maksud yang tersirat walau dicoret oleh anak yang berusia 10 tahun.

“Mama dan mummy pun dapat surat sorang satu daripada adik. Hilang segala belenggu lelah bila dapat surat ni daripada adik. Abah masa tu baru ‘salam perkenalan’ dalam keluarga kita. 

“Dan hari ni juga… 19 tahun lepas, lagi papa takkan lupa momen papa sambut kelahiran adik dalam kereta. Tak sempat bawa Mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar.

“Papa ingat lagi perkataan pertama yang keluar daripada mulut mama bila adik dah keluar sepenuhnya. Adik menangis sekejap saja, lepas itu diam,” tulisnya.

Pada perkongsian itu juga, Norman mengatakan tiada apa yang dapat memisahkan mereka selain daripada kematian serta meluahkan rasa sayang pada menantunya Aslam serta madu anaknya iaitu Umisya.

“Hanya mati yang akan pisahkan kasih sayang kita. Tu pun takkan terpisah sebab kita akan jumpa balik kat kehidupan akhirat yang hakiki InsyaAllah. 

“Papa sayang adik, sayang Aslam dan sayang Umisya. Semua anak-anak papa juga. Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus. Allah hadirkan hujan, ribut dan taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis dan sujud semasa hadirnya pelangi nanti,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.