23.2 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Parodi Baju Olimpik Catriona Ross Raih Perhatian! Netizen Terhibur Dengan Patung Mannequin Guna Bateri

Minggu ini kita dikecohkan dengan baju rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 bagi atlet Malaysia yang terus menerima kritikan teruk daripada peminat negara ini.

Menerima Kritikan Rakyat Malaysia

via Sinar Harian

Kritikan berterusan diterima sehingga sekarang selepas majlis pelancaran baju rasmi kontinjen Malaysia itu dilakukan pada Ahad lalu.

Ramai pengguna media sosial mempertikaikan mengenai rekaan baju berkolar, baju T dan jaket yang ditampilkan.

Ada segelintir netizen mempersoalkan di mana belang Harimau Malaya pada pakaian berkenaan kerana ia kelihatan tenggelam.

Mereka turut mempersoalkan mengapa Jalur Gemilang pada baju diwarnakan dengan warna kuning atau emas sedangkan bendera Malaysia perlu dihormati dengan mengekalkan warna asal.

Baju tersebut juga dianggap tidak melambangkan identiti Malaysia jika dibandingkan dengan baju-baju bagi edisi Sukan Olimpik sebelum-sebelum ini.

Parodi Catriona Curi Perhatian

via Instagram Catriona Ross

Ekoran itu, ramai antara neziten turut meminta supaya rekaan pada baju rasmi tersebut diteliti semula dan ditukar dan ada juga yang mula melakukan parodi untuk baju tersebut.

Antara salah satu parodi yang menjadi perhatian adalah dari pelakon Catriona Ross.

Dia ada memuat naik satu video di Instagram miliknya mengenai pelancaran baju rasmi sukan Olimpik 2024.

Dalam video tersebut, Cariona melakonkan semula seolah-olah dia merupakan patung mannequin yang memakai baju sukan Olimpik tersebut.

Sapa cakap kita tak kreatif? Siap ada mannequin yang guna bateri!!

Lakonan semula oleh Catriona itu mendapat perhatian bukan sahaja dari kalangan artis, malah warga netizen juga turut terhibur dengan parodi yang dilakukan olehnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.