22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

‘Pastikan Adik-Adik Menjadi Influencer Yang Bermanfaat’


Penyanyi Nabila Razali memberi pesanan kepada adik-adik yang masih bersekolah dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengutamakan pelajaran terlebih dahulu.

Utamakan pelajaran

Menerusi perkongsian di TikTok, Nabila berkata, meskipun bercita-cita untuk menjadi pempengaruh di media sosial, seseorang perlu berilmu supaya boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Ini pesanan saya buat adik-adik saya dan generasi akan datang. Mungkin ada sesetengah daripada anda yang merasakan pelajaran ini tidak penting, tak perlu ambil SPM dan peperiksaan, dah tak sabar nak jadi influencer dan sebagainya.

Bukan satu kesalahan untuk menjadi seorang influencer, tapi pastikan adik-adik menjadi influencer yang bermanfaat kepada orang-orang diluar sana. Gunakan platform itu sebaik mungkin tapi jangan lupa, apa-apa yang kita buat pelajaran sangat penting.

Dalam pada itu, Nabila menekankan dengan bekalan ilmu boleh menjamin masa depan yang lebih cerah.

Jangan lupa untuk teruskan belajar dan jangan putus asa walau apa pun keputusan yang korang dapat.

Korang percayalah sedikit sebanyak ilmu itu akan membawa anda ke mana-mana nanti. Masa depan anda akan sangat cerah. Pentingkan pelajaran dulu, pelajaran nombor satu.

Sumber: TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.