22.7 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Pelakon Dedah Tatu Tersembunyi di Belakang Badan Muka Adik Raffi Ahmad, Ungkap Sebab Sakit Hati Terhadap Isteri

Nama pelakon Indonesia, Rendy Kjaernett menjadi perbualan hangat apabila terbongkar bahawa dia telah curang dengan adik kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah.

Sakit hati dengan isteri

Baru-baru ini, Rendy mengaku terbuka mengenai kesilapan yang dilakukannya terhadap isteri tercintanya, Lady Veronica Nayoan. Rendy mengakui bahawa tatu yang terukir di bahagian belakangnya adalah wajah Syahnaz.

Rendy berkata semasa hadir dalam siaran podcast, dia membuat tatu itu kerana sudah jatuh cinta kepada Syahnaz.

Saya sedang dalam kesakitan. Saya hanya berfikir bahawa dia (Syahnaz) adalah ubat untuk saya. Lebih baik saya membuat tatu sebagai pengganti dadah.

Dalam temu bual tersebut, Rendy menyatakan bahawa dia berasa tenang dengan Syahnaz selepas berkongsi masalah rumah tangga yang memberatkan fikirannya.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang bapa kepada tiga orang anak, dia sedar bahawa perbuatannya adalah salah dan pernah cuba untuk mengakhiri hubungan sulit tersebut.

Tiada apa yang boleh disangkal. Semuanya berlaku kerana sikap saya sendiri.

Saya sempat memikirkan untuk mengakhiri hubungan itu tetapi sukar untuk berpatah balik. Saya sudah terlanjur jatuh cinta dan mempunyai perasaan terhadapnya.

Sudah menyesal

Rendy juga mengakui bahawa dia menyesal kerana bermain kayu tiga di belakang Lady. Walaupun Lady berazam untuk bercerai, Rendy yakin bahawa masih ada sinar kebahagiaan dalam rumah tangganya dan dia akan berusaha untuk memperbaiki kehancuran yang telah dilakukan.

Cerita tentang perselingkuhan Rendy dan Syahnaz menjadi viral selepas Lady mendedahkan perkara tersebut kepada orang ramai.

Walaupun terdapat pelbagai bukti yang tersebar, Rendy dan Syahnaz memilih untuk berdiam diri.

Sumber: CNN Indonesia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.