21.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Penerbit Saat Kau Takluk Cinta Ini Terharu Drama Jadi ‘Trending’

Baru sahaja ditayangkan, namun drama Saat Kau Takluk Cinta Ini telah mencetuskan fenomena nya tersendiri.

Dibintangi Barisan Pelakon Hebat 

Diadaptasikan daripada novel berjudul yang sama karya Sera Hezra, drama yang ditayangkan di slot Samarinda di TV3 ini membariskan ramai nama-nama popular tanah air. Selain Idris Khan dan Intan Najuwa selaku pelakon utama, Saat Kau Takluk Cinta Ini turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Shazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Menurut Jaja Ishak selaku penerbit Kembara Sufi Production Sdn Bhd,dia berasa gembira dan bersyukur dengan sambutan yang diterima apatah lagi ketika negara sedang berhadapan dengan konflik banjir.

“Alhamdulilah, sambutan yang diterima cukup baik dan saya gembira dengan sambutan peminat. Dalam pada negara berhadapan dengan musibah banjir, masih ada lagi yang memberikan sokongan kepada drama Saat Kau Takluk Cinta Ini,” kata Jaja

Drama Jadi Trending 

Paling mengujakan apabila drama berkenaan juga trending nombor satu menerusi aplikasi Iqiyi Malaysia yang turut menayangkan drama ini menerusi aplikasi penstriman sejam selepas ditayangkan di TV3.

“Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Kami telah memulakan penggambaran pertengahan tahun ini sebenarnya.

“Namun dek kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami,” tambahnya.

Dalam pada itu, penerbit ini turut berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat di dalam drama yang disifatkannya sebagai penuh dengan dramatik.

“Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama ini begitu kuat dan penuh dramatik. Saya beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini.

“Semua memberikan kerjasama yang baik dan dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua,” kata Jaja lagi.

Tedahulu, Jaja melancarkan lagu Takdir nyanyian Aliff Iskandar yang dijadikan runut bunyi untuk drama ini. Lagu tersebut boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music dan boleh juga didengar melalui semua platform digital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.