22.7 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Pernah Berikrar Dengan Bapa Untuk Setia Pada Isteri, Mark Adam Tak Mahu Curang Meskipun Belum Ada Anak

Perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam.

Malah, menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.

Oleh yang demikian, dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggung­jawab.

Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman.

Walau apapun situasinya, kisah kecurangan pasa­ngan bukanlah isu enteng. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini.

Bayangkan, selepas bertahun hidup bersama, mengandung dan melahirkan zuriat buat suami tercinta, mereka dihidangkan khabar yang meruntun jiwa.

Berbicara soal itu, penyanyi Mark Adam baru-baru ini meluahkan bahawa dia berjanji tidak akan curang terhadap isteri tersayang, Ezan atau Norazah Redzuan meskipun belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sendiri hampir dua dekad perkahwinan.

Malah, memetik laporan berita, Mark meluahkana bahawa dia sentiasa ingat akan pesanan bapa untuk terus setia, Mark berpegang teguh kepada ikrarnya untuk menjaga suri hatinya itu sepanjang hayat sejak bernikah pada 2003.

“Saya masih ingat hari pernikahan kami genap 20 tahun lalu. Masa di masjid bernikah kita kan sudah berjanji depan imam dengan Allah, jadi saya kena pegang janji itu.

“Satu lagi saya ingin terus setia kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri buat kerana pertama kali ke Filipina, dia pergi seorang. Saya pula tak boleh keluar dari Malaysia ketika itu disebabkan nak dapatkan status pemastautin tetap.

“Apabila keluarga saya ajak balik Filipina, dia pergi seorang diri. Bapa kemudian hubungi saya cakap, kalau saya sakiti Ezan, dia suruh saya lupakan dia sebagai ayah,” katanya

Penyanyi lagu ‘Pencuri’ itu turut menjadikan bapanya sebagai contoh terdekat sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab sekaligus membina sebuah ikatan perkahwinan yang kukuh.

Walaupun bapannya sudah tiada, kenangan serta melihat sendiri individu dihormati itu menjaga ibunya membuatkan Mark terus berpegang kepada janji.

“Pasangan kita adalah insan yang kita pilih untuk sehidup semati. Bapa saya saya pun memilih seorang wanita saja dalam hidupnya iaitu ibu saya.

“Apabila kita menjadikan seorang wanita itu peneman hidup, bermakna apa pun terjadi, kita sudah nekad untuk bersama-sama mengharungi kehidupan.

“Kita kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kita teruskan kerana sudah berjanji,” katanya yang menganggap godaan dari luar hanya ujian menguji kesetiaan.

Untuk rekod, Mark dan Ezan, bergelar suami isteri hampir dua dekad lalu, namun belum dikurniakan cahaya mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.