30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Petua Goreng Ikan Masin Supaya Tak Hancur, Rangup & Elok Sempurna

Setiap kali menggoreng ikan masin, bila dibalikkan pasti kepalanya terpisah dari badan. Siapa yang selalu mengalami masalah ini? Jangan risau, mari MyResipi kongsikan cara goreng ikan masin yang betul. 

Jika untuk makan sendiri, tak apa jika rupa ikan masin tidak berapa cantik apabila dihidangkan di atas pinggan. Namun, tidak sesuai jika dihidangkan kepada tetamu kerana ikan sudah menjadi hancur dan tidak sempurna. 

Sebenarnya ada petua untuk menggoreng ikan masin supaya rupa dan bentuk ikan sempurna ketika menggoreng. Teknik ini merupakan petua turun-temurun yang telah dikongsikan oleh Norlaili Hashim. Jom baca perkongsiannya di bawah!

CARA GORENG IKAN MASIN SUPAYA TAK HANCUR

PETUA 1

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan dan buang siripnya.

2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.

3. Ratakan sapuan pada ekor.

4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng hingga garing.

PETUA 2

cara goreng ikan masin

Bahan-bahan:

  • Ikan masin

Cara-cara:

1. Setelah dibuang siripnya, basuh ikan masin pada air mengalir.

2. Elakkan merendam ikan masin. Cara ini akan membuatkan ikan masin jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.

3. Cara ini buat ikan jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.

Sumber: Norlaili Hashim via Keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.