22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Petua Nasi Minyak Gebu, Lembut & Sedap. 15 Minit Dah Siap Masak!

Buat penggemar nasi minyak kenduri, anda boleh cuba cara masak nasi minyak ini untuk menghasilkan nasi yang gebu dan juga lembut.

Dengan menggunakan kaedah ini juga, nasi sudah siap dimasak dalam tempoh 15 minit saja. Mudah kan?

Petua di bawah juga boleh digunakan untuk memasak nasi berperisa yang lain seperti nasi ayam, nasi tomato, hujan panas, nasi beriani dan sebagainya lagi.

Selepas ini tidak perlu tunggu pergi kenduri, kalau rasa mengidam nak makan, boleh buat sendiri saja di rumah menggunakan cara yang mudah.

TIP& CARA MASAK NASI MINYAK GEBU

Berikut merupakan tip masak nasi minyak gebu dan lembut yang dikongsikan oleh Puan Hayati Sham:

“Salam semua. Saya nak share tips masak nasi minyak atau apa-apa nasi berperisa yang gebu, lembut dan sedap.

Caranya, selepas tumis semua bahan penumis, kita letakkan susu dan air rebusan. Kita rebus hingga mendidih.

Kemudian, baru kita masukkan beras basmathi yang telah direndam, dibasuh dan ditoskan.

Dalam 10 ke 15 minit, nasi siap dan hasilnya sangat gebu dan lembut. Cubalah.”

cara masak nasi minyak

Sumber: Hayati Sham

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.