22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Popia Crab Seaweed Yang Rangup Dan Sedap, Sesuai Untuk Bawa Jamuan Raya

Popia Crab Seaweed Yang Rangup Dan Sedap, Sesuai Untuk Bawa Jamuan Raya.

Dulu inti sayur, tapi sekarang dah diintikan dengan isi ketam dan rumpai laut. Jom follow resipi popia dekat sini.

Sesuai untuk dibawa ke jamuan raya sekolah anak-anak. Nak buat pun agak ringkas dan mudah cara penyediaannya.

Makan panas-panas lagi sedap. So, jom! Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat bahan-bahan dan step by step macam mana cara nak buat popia ini.

Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zaharah Mazrul ni. Sangat mudah nak follow. Bahan-bahan yang digunakan juga tak terlalu banyak. Belum pernah lagi orang menjual popia jenis ini. 


RESIPI POPIA CRAB SEAWEED

bahan popia crab seaweed

Bahan-bahan:

  • 1 Paket Kulit Popia (50 pcs)
  • 3 paket Crab Stick (dipotong dua)
  • Slice cheese (dipotong 6)
  • 1 paket Seaweed (Perasa Original)
  • 1 biji telur
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara membuatnya:

1. Ambil sekeping kulit popia, letakkan seaweed + crab stick + slice cheese.

2. Gulungkan dan lekatkan dengan telur. Ulang sekali lagi sehingga kulit popia habis.

3. Lepas itu goreng seperti biasa.

4. Siap untuk dihidang!

popia crab seaweed


Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.