23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Qasrina Karim Ditegur Netizen Isu Aurat?-“Tutup Telinga & Leher…”

Pelakon yang sedang meningkat naik, Qasrina Karim sebelum ini pernah timbul spekulasi melibatkan dirinya bersama aktor, Mierul Aiman yang dikatakan sedang bercinta di luar set penggambaran setelah digandingkan bersama dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer. Walaubagaimanapun, Qasrina menjelaskan bahawa dia dan Mierul Aiman hanyalah sekadar teman rapat.

“Dipaksa Buat, Dipaksa Post”

Terkini, Qasrina menjadi bualan ramai selepas mengikuti trend video #FLOWERchalleng di TikTok dengar berlatar lagu Flower, nyanyian Jisoo Blackpink.

“Dipaksa buat, dipaksa post 🤣.”-kapsyen Qasrina di TikTok

@qasqasss

Dipaksa buat, dipaksa post 🤣 Makeup by @Halisa Said 💕#FLOWERchallenge #JISOO_FLOWER #JISOO #BLACKPINK

♬ FLOWER – JISOO

Ditegur Netizen Isu Aurat?

Perkongsian pelakon drama Imam Instant Ustazah Scammer itu mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menegur Qasrina yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna sebagai wanita berhijab.

“Alahai dia tunjuk aurat la pulak. Btw cantik gila Qasrina walaupun tak mekap.”

“Slow slow istiqomah ye pretty.”

“Dia macam ni tau muka Qas macam muka Mira, muka Mira macam Jisoo haa gitu.”

“Dia botak ke?.”

“Semoga kita semua terus istiqomah dalam menutup aurat dengan sempurna.”

“Manusia sedang diuji. Semoga ke arah yang lebih baik lagi.”

“Akak nak anak tudung saya ada banyak.”

“Tutup telinga dan leher kak Qasrina.”

“Dia kalau pusing ke tepi je jadi turn off terus, risau kedepan sangat.”

Biarpun mendapat teguran dari sesetengah netizen, Qasrina tetap mendapat pujian peminat yang teruja melihat wajahnya yang tetap kelihatan cantik biarpun tidak mengenakan sebarang mekap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.