23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Rahsia Masak Singgang Tulang Yang Lembut Tanpa Guna Pressure Cooker

Jom cuba resepi singgang tulang menggunakan periuk kaca tanpa menggunakan pressure cooker ini. Hasilnya, singgang tulang menjadi lembut elok walaupun dimasak atas dapur gas.

Yang paling penting, cara ini lebih selamat kerana periuk kaca tiada tindak balas kimia kerana ada sesetengah pressure cooker dan rice cooker diperbuat dari aluminium.

Ikuti perkongsian oleh Saudari Noor Hafiza Mohamad di bawah untuk rujukan anda semua. Selamat mencuba!

RESEPI SINGGANG TULANG LEMBUT TANPA PRESSURE COOKER

resepi singgang tulang

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging – hiris nipis
  • Tulang daging
  • 1 inci lengkuas – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris nipis
  • 3 ulas bawang merah – hiris nipis
  • 5-6 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 3 tangkai cili kering – potong kecil
  • 1 sudu besar ketumbar biji – tumbuk kasar
  • 3 keping asam keping
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit belacan
  • Air secukupnya
  • 4 tangkai cili padi merah

Cara-cara:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan dan air secukup ke dalam periuk kaca.

2. Masak sehingga daging empuk. Tutup periuk supaya daging dan tulang cepat empuk. Rebus guna kaedah rebus perlahan (slow cook) selama 1 jam guna.

3. Jika air kurang, tambahkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Noor Hafiza Mohamad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.