29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Ratu Balqis Akhiri Zaman Janda, Anggun Dalam Busana Putih


Dalam diam, pelakon dan penyanyi Ratu Balqis selamat dengan jejaka pilihan hati pada 24 Jun lalu.

Bernikah di Pahang

Ratu Balqis

Ketika dihubungi, Balqis bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci kerana menghormati permintaan suami yang tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut.

Bekas peserta program Mentor Milenia 2017 ini berkata, dia bersyukur majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Kuantan, Pahang berjalan dengan lancar.

Terdahulu, sepotong video memperlihatkan Balqis sedang ditata rias oleh seorang jurusolek tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Balqis dilihat anggun dalam persalinan serba putih.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Balqis.

Imbas kembali, Balqis pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hakimi Ikmal pada November 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Hamka Iman yang kini berusia 6 tahun.

Video

Sumber: TikTok (noyanawi)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.