30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resepi Danmuji, Yellow Pickled Radish Yang Merupakan ‘Side Dish’ Popular Di Korea

Peminat drama Korea pasti mengenali hidangan sampingan Danmuji atau yellow pickled radish yang terkenal di Korea Selatan. Ia merupakan salah satu side dish kepada hidangan utama.

Danmuji (단무지) secara jeneralnya bermaksud acar lobak manis, berasal dari Jepun dan telah menjadi makanan tradisional orang Korea Selatan dan juga dikenali dengan warna kuning cerah.

Selain kimchi, danmuji ini juga biasanya dihidangkan bersama jjangmyeon, tteokbokki dan lain-lain. Tak kira ‘makan berat’ atau ‘makan ringan’, kalau tak ada danmuji memang tak lengkap!

Kalau ada yang teringin nak cuba, bolehlah buat sendiri di rumah. Tak perlu terbang jauh ke Korea semata-mata mahu mencuba hidangan ini. 

Resepi Danmuji (Yellow Pickled Radish)

Bahan-bahan:

  • Lobak putih 1 biji – dibuang kulit, potong memanjang atau bulat
  • Air 2 cawan
  • Gula 4 sudu kecil
  • Cuka masakkan 1/2 cawan
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Daun bay leaf 2 helai
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu kecil

Cara-cara:

1. Panaskan air, masukkan gula dan cuka. Larutkan semua bahan tersebut.

2. Masukkan lada hitam, serbuk kunyit dan daun bay.

3. Setelah sejuk, letakkan lobak putih didalam bekas yang sesuai dan tuang campuran air tadi.

4. Simpan di dalam peti sejuk.

5. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimakan.

yellow pickled radish

Kredit: Haerme Abd Rahman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.