30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Ayam Roasted, Ini Tips Goreng Supaya ‘Kulit’ Garing Elok

Jom cuba resepi ayam roasted ini untuk dapatkan hasil kulit yang ‘garing’ sama macam di kedai.

Setiap kali makan nasi ayam chinese style, benda yang paling tidak sabar untuk dimakan adalah kulit ayam. 

Saudara Wan Luqman ada berkongsikan cara-cara lengkap untuk menggoreng ayam roasted yang teramat mudah untuk diikuti. 

RESEPI AYAM ROASTED KULIT RANGUP

Bahan-bahan:

  • Gula maltosa
  • Cuka
  • Air 1 liter
  • Ayam whole leg

Cara-cara:

1. Pertama sekali, didihkan air. Kemudian masukkan satu senduk cuka, kemudian masukkan gula padi (maltose) sebanyak 2 hingga 3 senduk.

2. Kemudian, masukkan ayam dan biarkan ia selama 10 hingga 15 minit.

3. Selepas itu, angkat ayam ke dalam pinggan. Hasilnya kulit ayam menjadi golden brown kesan dari gula maltose tadi.

4. Letak ayam di atas jaring. Tutup dengan tudung saji dan biarkan seketika.

5. Lumur dengan 5 spice. Rempah ini boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit di pasar. 

6. Hasilnya selepas dilumur rempah.

7. Kemudian goreng di dalam minyak panas. Tapi jangan sampai tenggelam. Hanya jirus-jirus ke atas kulit ayam.

resepi ayam roasted

8. Hasilnya, kulit akan menjadi garing. Selamat mencuba!

resepi ayam roasted

Kredit resipi dan gambar: Wan LuQman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.