22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Buttermilk Chicken, Ini Tips Kekal Rangup Walaupun Berkuah

Biasanya isi ayam paling tak laku kan? Tapi kalau cuba resepi buttermilk chicken ini guna isi ayam tersebut pasti laku keras, sampai berebut-rebut!

Menu ini bukan saja digemari oleh orang dewasa, malah turut disukai oleh kanak-kanak.

Cara membuatnya juga sangat mudah. Ayam perlu digoreng sehingga garing dan disalut dengan sos yang lemak berkrim. Sememangnya dapat menambat hati sesiapa jua.

Jika ada yang risau ayam tidak rangup apabila bercampur dengan kuah, jom MyResipi kongsikan tips untuk kekalkan kerangupkan tersebut.

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN RANGUP

Bahan-bahan:

  • Ayam dada
  • Tepung bestari spicy + serbuk cili
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili padi
  • Susu cair
  • Serbuk hilal (jika tiada, guna garam gula secukup rasa)
  • Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-cara memasak:

1. Celup ayam bestari ke dalam campuran tepung bestari spicy, serbuk cili dan air.

2. Kemudian celup ke dalam tepung bestari spicy kering (tanpa air).

3. Goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Jika mahu ayam lebih rangup, goreng sekali lagi menggunakan api besar selama beberapa minit.

4. Untuk kuahnya, mula-mula cairkan butter.

5. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari. Lebihkan cili padi jika mahu beras. Kurangkan jika tak mahu pedas. Tumis sehingga naik bau.

6. Kemudian masukkan susu cair, serbuk hilal dan tepung jagung.

7. Masukkan ayam yang sudah siap digoreng tadi. Gaul sebati.

resepi buttermilk chicken

8. Selamat mencuba!

resepi buttermilk chicken

Kredit: ASH (FoodHunter) @Ashril_92 via Daily Makan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.