22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Resipi Cekodok Manis Rangup, Ini Rahsia Bulat Elok & Tak Serap Minyak

Pasti ramai yang selalu beli tepung segera untuk cekodok manis kan? Tepung ini biasanya ada dijual di mana-mana pasar raya.

Sebenarnya anda boleh buat sendiri saja bancuhan cucur manis di rumah. Bahan yang digunakan juga biasa ada di dapur setiap rumah.

Antara bahan utama yang diperlukan adalah yis, susu pekat, gula, tepung gandum dan santan. Kesemua bahan ini disatukan dan diperam seketika sebelum digoreng.

Hasilnya, cekodok rangup elok dan bersarang di dalam. Yang penting, ia tak keras dan serap minyak. Barulah tak muak bila makan. Jom cuba!

RESEPI CEKODOK MANIS

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil yis
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula putih
  • 1 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3-4 sudu besar santan kara

Cara-cara:

1. Satukan yis, susu pekat manis, gula putih dan air suam. Biarkan yis hidup dan berbuih.

2. Masukkan air campuran yis yang sudah berbuih ke dalam bekas yang berisi tepung gandum dan santan.

3. Gaul sebati semua bahan dan tutup bekas. Peram selama 1 hingga 2 jam.

4. Bila dah kembang, boleh goreng cekodok dalam minyak yang banyak.

5. Apabila siap goreng, hidang dan makan dengan sambal bilis. Selamat mencuba!

cekodok manis

Kredit resipi dan gambar: Nurul Nabilah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.