22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Dorayaki Homemade, Nak Tahan Lama Kena Ikut Cara Ini

Ibu-ibu boleh cuba resepi dorayaki homemade ini untuk sarapan pagi atau minum petang. Sesekali tukar selera anak apa salahnya kan?

Cara membuatnya juga cukup mudah. Hanya perlu satukan semua bahan di dalam mixer, kemudian terus masak di atas dapur dan sapukan inti.

Jika disimpan di dalam belas tertutup atau wrap di dalam plastik, kuih ini boleh bertahan lama sehingga 3 hari.

Kalau ada yang nak cuba buat, ikuti saja resipi perkongsian oleh Saudari Bidara Beduri di bawah. Selamat mencuba!

RESEPI DORAYAKI HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (grad A)
  • 1 cawan gula
  • 6 sudu susu pekat manis@madu
  • 6 sudu minyak masak
  • 10 sudu makan air
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Esen vanila@paste halzenut (lagi sedap)
  • Inti (peanut butter atau coklat)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di dalam mixer kecuali inti.

2. Kemudian panaskan kuali non-stick. Guna api paling kecil.

3. Seduk adunan ikut saiz yang dikehendaki di atas pan, api kecil jangan besar nanti hangus.

4. Kalau nak cantik kejadiaannya, tutup kuali dengan penutup semasa sedang dimasak.

5. Bila adunan dah masak sehingga menjadi perang. Boleh diangkat.

6. Akhir sekali sapukan inti kesukaan anda dan kepitkan dengan kepingan dorayaki yang lain. Siap, selamat mencuba!

resepi dorayaki

Kredit resipi dan gambar: Bidara Beduri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.