30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Lemang Kukus Guna Cawan, Tak Perlu Susah-Susah Guna Buluh!

Jika mahu cuba buat sendiri lemang di rumah, boleh cuba resepi lemang cawan kukus ini. Anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas.

Mudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit, barulah tak membazir. Sesuai untuk mereka yang teringin nak makan lemang, tapi tidak pulang beraya ke kampung disebabkan oleh kekangan kerja.

Jom lihat cara-cara penyediaannya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Enazakri Rashid menerusi grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Selamat mencuba!

RESEPI LEMANG KUKUS CAWAN

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras pulut
  • Santan 1 kg
  • Garam
  • Cawan kertas
  • Daun pisang

Cara-cara:

1. Basuh beras pulut sehingga bersih. Kemudian toskan.

2. Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas. Kemudian isikan 3/4 beras pulut yang sudah dicuci ke dalam cawan kertas tersebut.

3. Bancuhkan santan dan garam.

4. Apabila sudah sebati, masukkan santan ke dalam pulut tadi biarkan tenggelam sedikit pulut itu.

5. Kukus selama 30 minit atau sehingga pulut masak.

resepi lemang cawan

6. Pastikan air di dalam pengukus sudah mendidih baru letakkan pulut. Siap dan boleh dihidang.

resepi lemang cawan

Kredit resipi dan gambar: EnaZamri Rashi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.