23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Mini Brownies, Tak Perlu Potong-Potong & Senang Bila Nak Makan

Tengok gambar mini brownies ni pun dah terliur kan? Selain sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut, brownies ini juga sesuai dijadikan goodies di mana-mana majlis.

Cara membuat brownies lebih mudah berbanding kek. Tak perlu guna mixer, tak perlu blender! Hanya perlu gaulkan bahan-bahan saja. Berikut merupakan perkongsian resepi mini brownies oleh Iedaa Jahaya. Jom cuba!

RESIPI MINI BROWNIES

Bahan-bahan:

  • 150g dark coklat beryls
  • 50g buttercup/butteranchor
  • 1sdb shortening
  • 100g tepung gandum
  • 30g serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 150g gula kastor
  • Esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan dark coklat, buttercup dan shortening menggunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair dan berkilat. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum dan serbuk koko. Ketepikan.

3. Satukan telur, gula kastor dan esen vanilla menggunakan whisk sehingga gula larut.

4. Kemudian masukkan coklat yang sudah dicairkan tadi. Kacau sehingga sebati.

5. Seterusnya masukkan bahan ayak, gaul sehingga sebati,

6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180°C.

7. Sediakan loyang dan paper cup. Pipe adunan ke dalam paper cup, boleh letakkan hiasan coklat cip atau badam.

8. Bakar selama 25 minit. Selamat mencuba!

mini brownies

Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.