22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Nasi Kandar Ekspres, Cara Macam Ini Mesra Poket!

Ada hari teringin makan special tapi perlu berjimat-cermat. Jadi, mari cuba resipi nasi kandar ekspres yang mesra poket ini. Serious, tak rugi!

Resipi lengkap ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil kerana caranya pantas dan tidak renyah.

Jom baca perkongsian di bawah.

RESIPI NASI KANDAR EKSPRES

Bahan-bahan Kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Kisarkan kesemua bahan ini. Bahan kisar ini akan digunakan dalam tiga jenis lauk utama.

Ayam Goreng Ala Mamak

  1. Bahan Perapan:
  • Ambil 1/3 daripada bahan kisar.
  • Setengah ekor ayam, dipotong dan dibersihkan.
  • Serbuk kari secukupnya.
  • Pewarna merah (jika suka).
  • Tepung jagung secukupnya.
  • Garam dan sedikit gula perang atau putih.

       2. Cara Penyediaan:

  • Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan biarkan seketika.

Nasi Kuning

  1. Bahan-bahan:
  • Tumis 4 beradik (bawang besar, bawang putih, halia, dan serai) dengan planta.
  • Beras secukupnya.
  • Air secukupnya (mengikut sukatan beras).
  • Sedikit serbuk kunyit untuk warna.

      2. Cara Penyediaan:

  • Tumis 4 beradik dengan planta hingga naik bau.
  • Basuh beras dan ukur air seperti biasa.
  • Masukkan tumisan planta tadi ke dalam beras.
  • Tambah sedikit serbuk kunyit untuk memberikan warna kuning.

Kuah Hitam

  1. Bahan-bahan:
  • Tumis 1/3 lagi bahan kisar tadi.
  • Serbuk kari ikan atau daging.
  • Kicap pekat dan kicap manis.
  • Gula dan garam secukup rasa.

      2. Cara Penyediaan:

  • Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan serbuk kari dan tumis sebentar.
  • Tambah kicap pekat dan kicap manis.
  • Perasakan dengan gula dan garam.

Kuah Kari

  1. Bahan-bahan:
  • Tumis 4 beradik dan daun kari.
  • Baki 1/3 bahan kisar tadi.
  • 2 sudu cili boh.
  • Serbuk kari secukupnya.
  • Air asam jawa.
  • Garam secukup rasa.

     2. Cara Penyediaan:

  • Tumis 4 beradik dan daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan baki bahan kisar dan tumis hingga garing.
  • Tambah cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan serbuk kari dan air asam jawa.
  • Perasakan dengan garam.

Langkah Akhir

  • Celur bendi jika ada, dan rebus telur asin.
  • Goreng ayam yang telah diperap.
  • Hidangkan nasi kuning dengan ayam goreng, kuah hitam, dan kuah kari. Makan panas-panas, pasti kriuk kriuk waktu makan nanti.

nasi kandar ekspres

Selamat mencuba!

Sumber: Shafiqah Liyana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.