30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Pengat Bebola Durian, Bentuk Bulat-Bulat Comel & Kenyal Bila Makan!

Kalau dah selalu buat pulut durian, kali ini apa kata kita cuba buat pengat durian versi bebola pula. Barulah lain dari lain.

Pengat bebola durian ini antara pencuci mulut yang terkenal di negara jiran kita, Thailand. Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mencubanya.

Jika anda ingin mencubanya, boleh lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah.

RESEPI PENGAT DURIAN VERSI BEBOLA

Bahan-bahan:

  • Durian
  • Tepung pulut
  • Santan
  • Gula merah/gula melaka
  • Daun pandan

Cara-cara:

1. Mula-mula, ambil 7-8 ulas durian dan buang bijinya. Kemudian, lenyekkan sedikit isinya.

2. Isi yang dilenyek tadi digaulkan dengan tepung pulut sampai menjadi doh. Ingat, tepung pulut ya, bukan tepung beras!

pengat durian

3. Tak perlu tambah air sebab nanti tak rasa manis duriannya. Bila doh sudah tak melekat pada tangan maksudnya sudah menjadi.

4. Seterusnya bolehl bentukkan bulat-bulat kecil macam ini. Tak kisah lonjong ke, bulat ke. Bergantung pada selera anda.

5. Ini yang dah siap dibentuk dengan doh tadi.

6. Sekarang kita rebuskan pula doh tadi dalam air mendidih. Pastikan air dah betul-betul panas dan menggelegak baru masukkan doh tadi ya.

7. Bila doh tadi dah terapung ke permukaan air, maknanya tepungnya dah cukup masak. Jadi dah bolehlah angkat dan toskan.

8. Lepas doh-doh bebola kecil tadi sudah masak, kita sediakan pula kuahnya.

9. Cara mudah saja. Masukkan santan ke dalam periuk. Kalau pakai santan kotak, letak separuh kotak kecil. Tambah air sedikit supaya tak pekat sangat. Letak dua helai daun pandan untuk bagi aromanya lebih wangi.

10. Masak guna api perlahan ya, jangan bagi santan menggelegak.

11. Kemudian, tambahkan 2 ulas durian ke dalam kuah untuk dapatkan perasa yang lebih sedap.

12. Akhir sekali, perasakan dengan gula merah atau gula melaka.

13. Sekarang dah bolehlah masukkan bebola tadi. Gaul rata hingga mendidih. Dan… siap!

pengat durian

Kredit resipi dan gambar: Wirawati Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.