22.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Resipi Pucuk Ubi Sambal Kering, Ada Rahsia Supaya Garing & Tak Liat Bila Kunyah

Pucuk ubi ini biasanya dicelur untuk dijadikan ulam atau masak lemak cili padi. Tapi rupanya sedap juga jika diolah kepada pucuk ubi sambal kering. Lebih lazat jika dimakan bersama nasi panas!

Namun, sayuran ini akan menjadi liat dan tidak garing jika dimasak dengan cara yang salah. Oleh itu, mari kita ketahui cara penyediaannya yang betul menerusi perkongsian oleh Puan Yasmin Dayanti Fami di bawah.

RESIPI PUCUK UBI SAMBAL KERING

Bahan-bahan:

  • Pucuk ubi – cuci dan ditos
  • Cili kering – direbus
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Segengam ikan bilis
  • Minyak untuk masak

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan goreng dulu pucuk ubi yang sudah ditos kering. Bila sudah agak garing, angkat.

2) Kisarkering semua bahan lain iaitu cili kering, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis.

3) Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali. Masukkan sikit air supaya sambal tak terlalu kering dan nak ada rasa-rasa basah sikit. Masak sampai cili betul-betul masak.

4) Masukkan garam, gula dan cuka. Kalau tak nak guna cuka, boleh gunakan sedikit asam jawa. Gaul sampai rasa sebati.

5) Kemudian, baru masukkan ubi kayu. Kacau rata sampai semua ubi tersalut dengan sambal. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Yasmin Dayanti Fami

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.