23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Sambal Nasi Lemak Tak Pedas Untuk Anak-Anak, Gerenti Berselera!

Resipi sambal nasi lemak ini khas untuk anak-anak kerana sambal tersebut tidak pedas sama sekali. Jadi, bolehlah mereka makan dengan puas tanpa kepedasan.

Bukan sekadar anak-anak, orang dewasa yang tidak suka pedas pun boleh cuba resipi ini. Perut pun takkan meragam.

Selain nasi lemak, ia juga sesuai dimakan dengan nasi putih, roti puri atau lempeng. Walaupun tidak pedas, sambal ini tetap sedap dan menaikan selera!

RESIPI SAMBAL NASI LEMAK TAK PEDAS

resipi sambal nasi lemak

Bahan-bahan:

  • ½ kg ikan bilis (kopek)
  • 1 mangkuk cili kering kisar
  • 10 ulas bawang putih
  • 4 labu bawang besar (dikisar)
  • 1 ketul belacan (kisar)
  • Segenggam ikan bilis (dikisar dengan belacan) 
  • Daun pandan
  • 3 sudu besar sos cili
  • 4 keping nise atau gula melaka
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 labu bawang dipotong bulat
  • Sedikit ajinomoto
  • Garam
  • Minyak masak

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Lebihkan sedikit minyak agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan,  tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar.

3. Masukkan juga belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan. Masukkan asam keping.

4. Setelah itu masukkan cili kering kisar, masak sehingga pecah minyak. Masukkan juga nise dan biar mencair dalam sambal.

5. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kemudian perasakan dengan ajinomoto. Gaul sebati.

6. Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api. Perasakan dengan garam secukup rasa.

resipi sambal nasi lemak

7. Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manisnya. Siap!

resipi sambal nasi lemak

Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.