30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Resipi Spiral Goreng Untuk 40 Orang Makan, Sesuai Untuk Jamuan!

Resepi Spiral Goreng ini sesuai dimasak untuk jamuan rumah terbuka ataupun jamuan di sekolah anak mahupun tempat kerja.

Dah ramai yang biasa masak spageti kan? Kali ini jom kita cuba menggunakan ‘spiral’ pula. Rasanya sama saja seperti spageti, hanya bentuknya saja berbeza.

Namun, spiral ini lebih selamat untuk anak-anak dan mudah untuk dimakan kerana bentuknya yang pendek. Tidak sama seperti spaghetti yang panjang. Jom kita cuba!

RESEPI SPIRAL GORENG

Bahan-bahan:

  • Spiral 4 bungkus (saya guna jenama prego)
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Mixed vegetable (sayur campuran)
  • Kiub ayam
  • Sosej – dipotong dadu
  • Isi ayam – dikisar
  • Serbuk oregano
  • Black pepper
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Didihkan air. Masukkan spiral dan rebus selama 8 minit sehingga lembut. Letakkan juga sedikit garam semasa sedang direbus.
  2. Bila spiral dah lembut, tos dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang holland dan bawang putih yang sudah dihiris.
  4. Kemudian, masukkan isi ayam kisar, sosej yang dipotong dadu dan kiub ayam sehingga. Kacau rata sehingga semua bahan-bahan masak.
  5. Akhir sekali masukkan spiral yang sudah direbus dan ditoskan tadi.
  6. Masukkan oregano, black pepper, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata dan siap!
  7. Selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Nurul Hawa Nadila Sari

Baca juga: Spageti Buttermilk Chicken Popcorn Untuk Jamuan Sekolah Anak, Mudah Saja Nak Buat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.