21.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Resipi Tuna Puff Guna 3 Bahan & Pastry Segera, Tak Perlu Uli Tepung!

Tuna puff antara pilihan yang sering dipilih setiap kali ke kedai bakeri. Rupanya cara membuatnya cukup mudah jika ada yang mahu mencubanya di rumah.

Bukan itu saja, kalau buat sendiri juga kesedapannya pasti terjamin. Malah, anda juga boleh makan sepuas hati!

Boleh juga dijadikan bekal ke pejabat atau ke sekolah. Jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Shai Anne Ahemed di bawah.

CARA BUAT TUNA PUFF GUNA 3 BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti paratha
  • Tuna segera (tuna sandwich dalam tin)
  • Telur

Cara penyediaan:

1. Ambil roti paratha, ratakan. Hiriskan kiri kanan roti paratha dan tinggal kosong di tengah untuk inti tuna. (lihat gambar di bawah)

tuna puff

2. Letakkan tuna (saya guna tuna sandwich dalam tin) di bahagian tengah.

3. Lipat ikut gambar di bawah. Kemudian sapu dengan telur.

4. Masukkan dalam air fryer.

5. Bakar pada shu 170°C selama 10 minit. Balikkan puff dan tambah masa 7/5 minit lagi bergantung pada air fryer masing-masing.

6. Siap! Memang gebu hasilnya.

tuna puff

Tip: Inti tuna boleh sesuaikan ikut cita rasa masing-masing. Nak buat sendiri pun boleh. Kalau nak mudah guna saja yang dalam tin.

tuna puff

Kredit resipi dan gambar: Shai Anne Ahemed

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.