22 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Resipi Udang Khamped, Menu Sesuai Untuk Minggu Gaji!

Minggu dah gaji ini, apa kata anda cuba resipi udang khamped yang sangat menyelerakan ini. Caranya memang mudah serta menjimatkan masa.

Rasa yang ala-ala tomyam ini pasti membuatkan anda bertambah nasi dua tiga kali. Tak percaya? Cuba dahulu menu ini, baru anda tahu.

Jom kita baca resipi oleh Cik Puan Liza

RESIPI UDANG KHAMPED

Bahan-bahan

  • Halia 1 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Bawang Holland 1 biji (dibelah dua, separuh lagi dihiris)
  • Bawang putih 3 biji
  • Cili api 3 biji
  • Cili besar 1 biji
  • Serai 1 batang
  • Cili kering 2 sudu besar
  • Pes tomyam 2 sudu besar
  • Sos ikan 1 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Udang 10 ekor (saiz XL, digaulkan dengan garam dan kunyit)
  • Daun limau purut
  • Air 1 cawan

Cara Penyediaan

1. Kisar halia, lengkuas, bawang Holland (separuh), bawang putih, cili api, cili besar, dan serai sehingga halus.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

3. Tambahkan cili kering yang telah dikisar dan pes tomyam. Gaul rata dan tumis sehingga pecah minyak.

resipi udang khamped

4. Masukkan sos ikan, sos tiram, dan sos cili. Gaul rata dan biarkan bahan-bahan sebati.

5. Masukkan udang yang telah digaulkan dengan garam dan kunyit. Gaul sehingga udang masak dan berubah warna.

6. Masukkan daun limau purut untuk menambahkan aroma dan rasa.

7. Tuangkan 1 cawan air ke dalam kuali. Biarkan mendidih dan masak sehingga kuah sedikit pekat.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.