21.4 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Premier Dunia Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

“REVERSI”, filem tempatan arahan pengarah Adrian Teh yang terkenal dengan filem-filem popular seperti Malbatt: Misi Bakara dan Paskal The Movie telah dipilih sebagai satu-satunya wakil Malaysia di Festival Filem Far East Udine ke-26 di Itali.

Wakil Malaysia Ke Itali

Festival Filem ini akan berlangsung dari 24 April hingga 2 Mei 2024. Sebelum ini filem “Abang Adik” pernah merangkul anugerah di festival filem tersebut pada tahun 2023.

Mengungkapkan kegembiraannya mengenai pemilihan ini, Adrian berkata, pemilihan ini merupakan satu penghormatan baginya untuk sekali lagi mewakili Malaysia.

“REVERSI”, yang membuat premier dunianya di Itali, adalah satu usaha baru bagi Adrian.

Adrian juga turut menyatakan bahawa dia sangat beruntung dapat bekerjasama dengan kumpulan pelakon dan krew yang luar biasa.

Kisah Cinta & Kehilangan

via GSC Malaysia

Terangnya, cerita ini adalah tentang cinta & kehilangan dan tentang apa yang akan terjadi jika kita diberikan peluang kedua.

Adrian berharap untuk berkongsi cerita ini bukan hanya dengan rakyat Malaysia, tetapi juga dengan penonton dunia dengan harapan cerita ini akan memberi inspirasi kepada semua untuk menghargai kehidupan dan orang yang kita sayangi.

“REVERSI” mengisahkan tentang cinta seorang suami yang tidak berkesudahan kepada isteri dan anak lelakinya, yang berusaha sehabis baik untuk membetulkan kesalahannya pada masa lalu untuk masa depan yang lebih baik.

Percubaan Pertama Adrian

via GSC Malaysia

Filem ini menandakan percubaan pertama Adrian Teh dalam genre drama dengan elemen perjalanan masa.

Dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Vanidah Imran, dan Hasnul Rahmat, “REVERSI” bersedia untuk memikat penonton dari semua peringkat umur dengan penceritaan yang lebih mendalam dan lakonan yang menyentuh hati.

Adrian sangat berbangga dengan filem terbarunya ini dan berjanji bahawa ini sesuatu yang belum pernah dilihat oleh rakyat Malaysia.

Filem ini diterbitkan bersama oleh ACT 2 Pictures, Clover Films, dan Golden Screen Cinemas. Selepas penayangan di Udine, Itali, “REVERSI” dijadualkan untuk tayangan perdana dalam tahun ini dan diedarkan oleh GSC Movies Sdn Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.